_
HAL EHWAL PELAJAR
Bahagian yang diketuai oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar Ust Zawawi Bin Mamat, bertanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan ke semua program yang berkaitan kebudayaan sosial, perkhidmatan program motivasi, kurikulum, kebajikan dan keselamatan para pelajar. Lebih khususnya tanggungjawab bahagian ini lebih berkisar kepada disiplin pelajar dan peraturan maktab.
Unit Perkhidmatan Kaunseling
Unit ini diuruskan oleh dua orang kaunselor sepenuh masa membantu pelajar dalam bidang-bidang seperti kerjaya, akedemik, pembelajaran, data dan pencalonan. Objektif kewujudan unit ini adalah untuk:
Selaras dengan objektif tersebut, pihak MARA khususnya berharap para graduasi MRSM yang dilahirkan berdaya saing, berdedikasi serta cemerlang dalam akedemik, sahsiah dan kerjaya pada masa akan datang.
Keluarga Di MRSM (Homeroom)
'Sekumpulan pelajar-pelajar sebaya yang mejalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga dalam ruang dan waktu yang tidak terbatas'.
Sebuah Unit Keluarga
Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh tugas mengawal asrama dipikul oleh warden asrama. Diketuai oleh Ketua Warden Ust Wan, warden ditugaskan bagi memastikan perjalanan kehidupan harian pelajar-pelajar MRSM Pendang berjalan dengan lancar. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar dan urusan keluar masuk pelajar.

- Membentuk personaliti sihat dan bertanggungjawab di atas tingkah laku pelajar.
- Memastikan pembentukan sikap yang sihat terhadap bidang kerjaya.
- Membentuk peribadi yang berkemampuan menghadapi cabaran kehidupan dalam pelbagai
- keadaan.
- Memastikan prestasi pencapaian akedemik setaraf dengan keupayaan mereka.
- Membincangkan hal ehwal perkembangan pelajar dengan dunia luar.
Selaras dengan objektif tersebut, pihak MARA khususnya berharap para graduasi MRSM yang dilahirkan berdaya saing, berdedikasi serta cemerlang dalam akedemik, sahsiah dan kerjaya pada masa akan datang.
Keluarga Di MRSM (Homeroom)
'Sekumpulan pelajar-pelajar sebaya yang mejalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga dalam ruang dan waktu yang tidak terbatas'.
-
Dibentuk oleh pihak maktab
-
Terdiri dari pelajar sebaya
-
Ahli berbeza latar belakang dan kawasan berlainan
-
Tidak terhad kepada satu jantina
-
Penasihat dilantik pengetua
-
Sebuah Unit Keluarga
-
Mempunyai nilai kekeluargaan
-
Penyelesaian masalah dan projek bersama
-
Hubungan intim antara penasihat dan pelajar diwujudkan seperti sebuah organisasi keluarga dalam membimbing dan mendidik.
-
-
Perhatian lebih teliti dapat diberikan kepada pelajar bermasalah.
-
Tempat di mana pelajar boleh mengadu masalah selain dari ibubapa.