_
Pengurusan MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang
Pentadbiran MRSM Tun Abdul Razak, Pekan adalah di bawah tanggungjawab Pengetua selaku pengawal pusat. bagaimanapun tugas dan tanggungjawab ini diperturunkan secara langsung kepada Pen. Pegawai Tadbir Kanan, melalui Timb. Pengetua HEA, HEP dan Kokurikulum. Unit Pentadbiran bertanggungjawab untuk menyellia, menyelaras dan mengawal operasi pentadbiran pejabat bagi urusan perancangan, pelaksanaan, pengurusan sumber manusia, kewangan dan pembangunan maktab. Berikut adalah merupakan objektif bahagian ini.

- Mencapai pematuhan 100% dalam aspek pemeriksaan audit pada setiap tahun.
- Memastikan kerja-kerja senggaraan dilaksanakan dengan berkesan dalam masa seminggu laporan diterima.
- Memastikan sekurang-kurangnya 90% urusan pembelian dibuat dalam masa 7 selepas diluluskan.
- Memastikan sekurang-kurangnya 90% bil/invois dibayar dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan dengan syarat dokumen untuk tujuan pembayaran tersebut telah lengkap.
- Semakan untuk Belanjawan Perjawatan hendaklah dilaksanakan sebanyak 3 kali dalam setahun bagi memastikan bilangan guna tenaga sedia ada mencukupi berdasarkan keperluan maktab. Kerja yang terbabit:
- Pengurusan Akaun Panjar EMR
- Pengurusan Akaun Pengutan
- Penyediaan Belanjawan Mengurus
- Penyediaan Pindaan Peruntukan
- Penyediaan Permohonan Tambahan Peruntukan
- Pengambilan Guru/Kakitangan Sambilan
- Permohonan Pembelian Lampiran E
- Pembelian / Permohonan secara Terus
- Urusan Pembelian / Perolehan Melalui Sebut Harga
- Pemantau Kaedah Pelupusan
- Pengawasan Kerja-Kerja Senggaraan
- Pengawasan Kerja-kerja Penswastaan
- Pengurusan Akaun Panjar Perkhidmatan