_
Peraturan Pulang Bermalam
1. Pelajar-pelajar dibenarkan balik bermalam sekali dalam satu bulan kecuali bagi kes-kes kecemasan.
2. Bagi pelajar yang ingin bermalam di rumah atau keluarga, ibu bapa bolehlah datang menjemput pelajar dengan surat kebenaran selepas aktiviti pelajar berakhir. Waktu dan hari yang ditetapkan adalah Khamis, pukul 2.30 petang.
(Catatan : Sekiranya pelajar-pelajar pulang ke kampong bersendirian di atas permintaan ibu/bapa atau penjaga, pihak maktab tidak bertanggungjawab atas keselamatan pelajar tersebut semasa dalam perjalanan.
3. Surat permohonan balik daripada ibu bapa / penjaga mestilah diterima oleh pihak maktab sebelum sesuatu permohonan balik dapat diluluskan oleh pihak maktab.
4. Permohonan mestilah tiba selewat-lewatnya pada hari Selasa minggu Cuti Hujung Minggu berkenaan sebelum permohonan tersebut dapat diluluskan. Permohonan lewat atau permohonan menerusi telefon tidak akan dilayan.
5. Pelajar mestilah membawa Kad Keluar Kampus untuk disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Warden / Warden bertugas pada setiap kali permohonan diluluskan.
6. Dalam masa kecemasan, pelajar-pelajar mestilah : -
6.6.1 Mendapat kebenaran khas daripada Pengetua/Timbalan Pengetua HEP
6.6.2 Menyimpan surat/telegram/kehadiran keluarga.
7. Pengesahan bermalam hendaklah dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga pelajar dengan menandatangani Kad Pengesahan Balik Bermalam dan mengisi butir alamat balik bermalam diruang yang telah disediakan. Kad tersebut hendaklah ditunjukkan kepada Pengawal bertugas sebelum Kad Keluar Kampus dapat diambil semula.
8. Kad keluar Kampus yang telah siap diisi dan ditandatangani oleh Ketua Warden / Warden bertugas hendaklah ditunjukkan kepada Pengawal Maktab untuk disimpan sebelum pelajar mendapat kelulusan keluar/balik kampong.
9. Pelajar-pelajar hendaklah melapor diri semula selewat-lewatnya pada pukul 6.00 petang pada hari Sabtu pada setiap cuti hujung minggu yang telah diberikan. Pelajar-pelajar yang melapor diri lewat akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak maktab.
(Catatan : Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali menandatangani sendiri Kad Keluar Kampus Pelajar. Jika disabit kesalahan tindakan yang serius akan dikenakan pada pelajar berkenaan).
10. Waktu terawal sesuatu permohonan balik dapat diluluskan oleh Ketua Warden/Warden bertugas ialah Khamis sebelum jam 2.30 petang. Masa-masa sebelum itu tidak akan dilayan.