_
Peraturan Pakaian
Warna-warna pakaian seragam maktab dan jenis-jenis fesyen yang dibenarkan adalah menurut seperti yang dinyatakan dalam surat Pekeliling yang telah dihantar kepada pelajar bersama-sama surat tawaran masuk ke Maktab Rendah Sains Mara.
Baju Kemeja
Peraturan Pakaian
Warna-warna pakaian seragam maktab dan jenis-jenis fesyen yang dibenarkan adalah menurut seperti yang dinyatakan dalam surat Pekeliling yang telah dihantar kepada pelajar bersama-sama surat tawaran masuk ke Maktab Rendah Sains Mara.
Baju Kemeja
-
Baju
Kemeja berkolar potongan biasa samaada berlengan panjang atau berlengan
pendek. Lain-lain jenis baju seperti kemeja T berkolar, baju kemeja
sukan atau seumpamanya dibenarkan untuk aktiviti riadah sahaja (T-Shirt
tidak berkolar tidak dibenarkan).
-
Baju kemeja hendaklah disisipkan ke dalam seluar.
-
Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan di pergelangan tangan atau digulung lipat dengan kemas ke paras atas siku.
-
pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan ke kelas. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja.
-
Kain
seluar yang dibenarkan ialah daripada jenis yang sesuai. selain kain
jenis denim, PVC, Corduroy atau kulit tidak dibenarkan.
-
Pemakaian semua jenis Jeans dan cotton slacks tidak dibenarkan.
-
Fesyen seluar hendaklah tidak terlalu longgar (Baggy),
terlalu ketat dan berkaki singkat. Paras kaki seluar hendaklah melepasi
bawah buku lali dan ukur lilit seluar di antara 14"-18".
-
Seluar
yang bertali pinggang lebarnya hendaklah di antara 2-4 cm dan berwarna
gelap. Tali Pinggang yang berwarna-warni dan berbelang tidak dibenarkan.
-
Kepala tali pinggang tidak terlalu besar dan tidak mempunyai lambang atau tulisan yang tidak sesuai.
-
Hanya
jenis kulit dan PVC dibenarkan. Kasut sukan, selipar, sendal, boot,
semiboot, atau lain-lain kasut yang berwarna-warni tidak dibenarkan
dipakai ke kelas.
-
Pemakaian
sarung kaki adalah wajib. Panjang sarung kaki hendaklah menutup buku
lali dan warna sarung kaki hendaklah sesaui dan tidak berbelang dan
berwarna-warni.
-
Dipakai sentiasa waktu akademik.
-
Warna rasmi Maktab. Warna-warna lain tidak dibenarkan.
-
Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa ke kelas akademik atau upacara rasmi maktab.
-
Tanda nama tersebut tidak boleh ditukar ganti dengan kawan
-
Tanda nama tersebut tidak boleh diubahsuai atau diconteng dan tidak boleh mempunyai nama dalam bentuk samaran
-
Jenis-jenis yang dibenarkan ialah baju kurung yang bergaya sederhana, blouse lengan panjang beserta skirt panjang yang menutup buku lali (bukan Islam sahaja).
-
Baju dan kain hendaklah tidak ketat dan tidak jarang.
-
Warna tidak terlalu terang dan corak hendaklah bersesuaian dengan persekitaran maktab.
-
Pemakaian
tudung diwajibkan. Kain tudung hendaklah tidak terlalu labuh iaitu
melebihi paras pinggang dan perlu diperkemaskan semasa menjalankan
ujikaji di makmal sains.
-
Hanya kain tudung berwarna putih sahaja yang dibenarkan.
-
Kasut hendaklah jenis yang disarungkan dan bukan jenis selipar atau sandal.
-
Ketinggian tumit tidak melebihi 1 inci.
-
Kasut bergaya dan berwarna tidak dibenarkan.
-
Kasut warna Hitam & kasut getah putih sahaja dibenarkan dipakai semasa kekelas akademik.
-
Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas kecuali cincin (bukan emas).
-
Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai barang-barang kemas.